Friday, May 20, 2011

PULAU PANGKOR


2-4 APRIL 2011 ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke pulau pangkor dengan membawa anak-anak murid melancong.Tawaran ini diberikan oleh cikgu rashidah yang merupakan penasihat kelab pencinta alam untuk mengantikan cikgu zailani yang tidak dapat pergi kerana terdapat pertandingan kawad kaki peringkat daerah bg kategori putera.Ini adalah pengalaman aku yg tidak dapat dilupakan kerana pelbagai perkara yang aku dapat pelajari semenjak menjadi seoarang guru.Antaranya adalah tanggungjawab,keselamatan,perhatian dan kesabaran.Pelancongan aku ke sana disertai oleh cikgu rashidah,cikgu halimaton raha,cikgu rosminah yusof,cikgu maimunah dan abg rizal.Pelancongan kami kesana sangat mengembirakan kerana dapat melihat keadaan laut pada waktu malam, kilang makanan ringan, dan macam2 lagi...

pelbagai aktiviti yang kami jalankan antaranya adalah:









 inilah dia antara aktiviti yang kami jalankan..alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.macam2 ragam pun ada tapi nak buat macam mana dah tanggungjawab so kena la bersabar dengan budak2 sekolah ni..perkara yang paling lucu adalah apabila pelajar perempuan masuk hutan for jungle tracking..hhee..kalau la ada gajah besar dengar suara budak2 perempuan memang lari la gajah to..hehee..mereka menjerit sbb kena gigit oleh pacat..mangsanya adalah aku sendiri.. cikgu anwar tolong saya ada pacat dekat kaki saya ni!!!!!!cepat la cikgu tolong sya!!!!!"kata pelajar-pelajar perempuan"..hehehhehhee..sehinggakan abg yang bawa kitaorng to pening kepala...hehhehee..